[#Dota2] Pemain muda kelahiran Malaysia Lee “X1aOyU” Qian Yu akan menggantikan Zhou ‘Yang’ Haiyang di kejohanan ESL One Hamburg yang akan bermula malam ini.

Lee “X1aOyU” Qian Yu merupakan pemain Vici Gaming Potential atau VG.P yang sudah bersama dengan organisasi itu untuk latihan dan juga pendedahan kepada dunia profesional Dota 2 di China. X1aOyU juga pernah bermain dengan pasukan Unicorn, IG.X dan juga Taichi mengikut laporan GG SCORE.
X1aOyu will replace Yang for #ESLOne Hamburg. Yang is extremely burned out and we hope will recover soon, but we also look forward to the incredible young talent X1aOyu showing what he’s made of.
📝 https://t.co/Yuw7DpUvpq #VGFighting #VGWIN #Dota2 pic.twitter.com/d3dtoim8dG— VICI,but spooky👻 (@VICI) October 11, 2019
Zhou ‘ Yang’ Haiyang merupakan pemain posisi 3 untuk VICI Gaming dikatakan tidak sihat dan tidak ‘Fit’ untuk bertanding di ESL One Hamburg dan perlu berehat secukupnya dan berharap beliau akan sembuh dengan cepat.
Kenyataan VICI Gaming di Facebook:
X1aOyU dilihat sudah bermain dengan VICI Gaming untuk lebih dari 3-5 perlawanan sebelum ini dimana beliau akan bermain di posisi 3 – Offlane seperti mana posisi Yang sebelum ini.
Semoga Yang cepat sembuh dan semoga X1aOyU dapat berikan yang terbaik di ESL One Hamburg.
Sumber: VICI Gaming Facebook
#VICIGaming #VICI #X1aOyU #Yang #ESLOneHamburg #ESLOne #ESL #Dota2News #MalaysianDota
Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!