Movie Buff VIKINGS musim 6 kembali | Kattegat kini dicerobohi Rusia?

VIKINGS musim 6 kembali | Kattegat kini dicerobohi Rusia?

-

[#MovieBuff] Berita baik buat peminat siri Vikings dimana Sons of Ragnar kembali berentap di musim baru (Musim Ke 6) dan Kattegat didatangi Russians!

Viking Season 6 Foto OracleGlobe

Penerbit untuk siri Vikings – History Network melepaskan video acah siri berkenaan awal pagi tadi dimana kita dapat lihat kembali watak-watak utama seperti Bjorn, Lagertha dan juga Ivar.

via GIPHY

History Network juga umum siri terakhir ini akan dipertunjukkan di saluran berkenaan pada 4 Disember 2019. Dilaporkan akan ada lebih 20 episod untuk musim ke 6 ini sebelum siri ini berakhir.

Musim ke 6 ini pasti merupakan kesinambungan daripada musim lepas dimana ia lebih fokus kepada persilisihan faham diantara “Sons of Ragnar”. Kali terakhir kita lihat Bjorn, Anak sulung Ragnar menang di peperangan terakhir bersama dengan adik nya Bjorn di Kattegat.

Ivar the Boneless menjadi pemerintah yang tidak adil terus bersikap sombong terhadap penduduk Kattegat kerana tekanan yang dihadapi beliau. Siapa yang boleh ganti Ragnar Lothbrok, kalau bukan anak nya betul tak? Punca daripada ketidak adilan adik nya itu, Bjorn kembali daripada mengembara sehingga ke Andalusia untuk tawan kembali Kattegat bersama dengan adiknya dan juga ibunya Lagertha.

via Gfycat

Akhir musim 5, Bjorn diangkat menjadi Raja di Kattegat dan Ivar melarikan diri dengan dendam kesumat yang pasti akan dibalas di musim ke 6. Di vide acah musim 6 ini, kita dapat lihat Ivar membawa diri hingga ke Russia dimana beliau berjumpa dengan Prince Oleg.

Dalam video acah ini juga kita dapat lihat, lagertha bersama dengan anak tiri nya Ubbe mengembara ke Iceland untuk mencari Floki. Musim yang sebelum ini kita dapat lihat, Floki membawa beberapa orang untuk berpindah dan hidup di tanah baru (kini dikenali sebagai Iceland) untuk memulakan hidup baru namun menjadi tragedi apabila tanah berkenaan tidak subur untuk hidup.

via GIPHY

Apa-apa pun, pasti peminat Viking tidak sabar untuk melihat musim baru ini pada bulan 12 nanti.

Sumber: TV Line

#Vikings #VIKINGs6 #Bjorn #Lagertha #BjornIronSide #RagnarLothbrok #IvarTheBoneless #Ubbe #VikingsSeason6 #Kattegat

Jangan lupa untuk like page Sentrum.my untuk review Movie yang power dan content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you