GAMING | ESUKAN Dota 2 Virtus Pro terbit dokumentari The International 9 | RodjER...

Virtus Pro terbit dokumentari The International 9 | RodjER tertekan?

-

[#DOTA2] Kelab esukan rantau CIS Virtus Pro terbit video dokumentari tentang pasukan mereka semasa berentap di pentas The International 9. Adakah tekanan yang dihadapi RodjER punca atau ego masing-masing?

SS Youtube Video dokumentari Virtus PRO

Virtus Pro atau VP merupakan kelas Esukan gergasi rantau CIS dan pasukan Dota 2 mereka merupakan antara pasukan yang terbaik di peringkat dunia.

Video dokumentari yang diterbitkan oleh VP itu lebih menerangkan tentang persiapan mereka untuk menghadiri The International 9 dan juga punca mereka tersingkir di pentas Ti9 itu.

Bermula dengan sedikit pengenalan sebelum mereka hadir ke pentas TI9 dimana mereka agak yakin untuk berentap dan menundukkan pasukan-pasukan lain yang bertanding di pentas yang sama.

Setiap pemain VP termasuk Roman ‘RAMZES666’ Kushnarev, Vladimir ‘No[o]ne’ Minenko, Pavel ‘9pasha’ Khvastunov, Vladimir ‘RodjER’ Nikogosyan dan Alexei ‘Solo ‘Berezin memberikan pendapat tentang pasukan mereka dan juga tentang Dota 2 itu sendiri.

No[o]ne juga mengatakan pasukan mereka pada awal penubuhan bersama dengan roster TI9 itu mendapat tentangan hebat dari penyokong mereka sendiri khusus nya dari rantau CIS. Tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan dan ia kelihatan seperti keputusan yang bijak diawal 2 tahun pasukan itu.

Dokumentari ini lebih fokus kepada dua perlawanan sahaja dimana bertemu dengan tuan rumah PSG.LGD dan perlawanan yang membuatkan mereka tersingkir dari Ti9 iaitu bertemu Royal Never GiveUp yang juga merupakan pasukan tuan rumah.

Ketegangan yang dilihat diantara Ramzes666 dan RodjER rupanya sudah timbul lama seawal KL major pada tahun lepas.

Ramzes66 berkata diluar permainan mereka merupakan kawan baik tetapi apabila didalam perlawanan mereka hanyalah sebuah pasukan. 

RodjER kelihatan teruk ditekan semasa berada di pentas The International 9 oleh rakan pasukan beliau Ramzes666. pemain yang lain seperti No[o]ne dan 9pasha juga ditekan semasa diantara perlawanan.

Apabila di penghujung dokumentari ini, terjawab la persoalan peminat yang selama ini persoal penghijrahan Ramzes666 ke Evil Geniuses dan 9pasha ke Vatus Vincere.

Semoga Solo, RodjER dan No[o]ne capai kata sepakat dan bawa nama Virtus Pro untuk musim baru DPC ini.

Sumber: Virtus Pro Youtube

#VirtusPro #Ramzes666 #Solo #NoOne #9pasha #RodjER #Dota2News #Dota2Documentary #Dota2Update #Dota2meme

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Resolut1on umum sertai Virtus Pro, RodjER keluar

Virtus Pro umum kemasukan Oman "Resolut1on" Fominok sebagai posisi 3/Offlane manakala Vladimir "RodjER" Nikogosyan keluar dari pasukan berkenaan.

Sumail dan Yawar bersatu dalam satu pasukan | Quincy Crew

Sumail dan Yawar akan bermain untuk Quincy Crew bersama dengan Quinn ‘CCnC' Callahan, Arif ‘MSS’ Anwar dan Avery ‘SVG’ Silverman.

vtFaded sertai EHOME ganti Ferrari_430

Kelab esukan Ehome umum pemain negara Cheng " vtFaded " Jia Hao akan sertai kelab berkenaan sebagai pos 1 menggantikan pemain lagenda ferrari_430.

Cabaran Fortnite P-1000 kini boleh didapati

Fortnite P-1000 kini boleh didapati dimana pek berkenaan termasuk dengan kosmetik dan cabaran yang memberi ganjaran pulangan lebih 1,500 V-buck.

[#LigaFantasiSentrumMY] “Tidak Salah Jika Tiada Salah”

Alternatif kepada Mo Salah Ok managers, kite di ambang satu lagi gameweek yang hanya akan menjanjikan senyuman kepada mereka...

Must read

video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

Geek Fam kini lancar Geek Academy

[#BeritaEsukan] Geek Fam kini ambil satu langkah kehadapan apabila mereka kini bersama-sama  dengan The Academy of Esports lancar Geek Academy

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

You might also likeRELATED
Recommended to you