GAMING | ESUKAN Dota 2 VtFaded telah 'diharamkan' oleh Valve?

VtFaded telah ‘diharamkan’ oleh Valve?

-

[#DOTA2] Pemain DOTA 2 negara, Cheng “VtFaded” Jia Hao berkemungkinan besar bakal ‘diharamkan’ oleh Valve gara-gara melanggar peraturan perpindahan pemain ketika saingan kelayakan terbuka DPC Asia Tenggara berlangsung.

Cheng “VtFaded” Jia Hao berkemungkinan besar bakal ‘diharamkan’ oleh Valve gara-gara melanggar peraturan perpindahan pemain ketika saingan kelayakan terbuka DPC Asia Tenggara berlangsung.
Cheng “VtFaded” Jia Hao berkemungkinan besar bakal ‘diharamkan’ oleh Valve gara-gara melanggar peraturan perpindahan pemain ketika saingan kelayakan terbuka DPC Asia Tenggara berlangsung. FOTO: MDL

Perkara itu dinyatakan oleh rakan sepasukannya yang berada dalam pasukan Team D, Remus “Ponlo” Goh Zhi Xian di laman Twitter peribadi miliknya.

Beliau menyatakan bahawa Valve telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Team D daripada saingan kelayakan terbuka DPC Asia Tenggara ke-2 selepas mereka mengetahui bahawa VtFaded telah melanggar peraturan.

Peraturan yang dimaksudkan adalah peraturan perpindahan pemain yang sepatutnya tamat pada 6 April yang lalu tetapi terdapat beberapa salah faham yang berlaku, Valve telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan pasukan mereka.

VtFaded masih dalam kontrak bersama Team SMG namun telah didaftarkan kepada pasukan Team Mystery bersama-sama Khoo “Ohaiyo” Chong Xin.

Namun selepas 5 April, Ponlo telah menghubungi beliau untuk menyertai Team D di mana beliau menolak pada asalnya kerana masih belum pasti mengenai status beliau bersama Team Mystery.

Team D terlebih dahulu memanggil Christian-John “Skadilicious” Abossolo untuk pusingan kelayakan terbuka pertama.

Disebabkan Skadilicious mempunyai masalah sambungan internet yang berterusan, Ponlo sekali lagi mengajak VtFaded untuk menyertai pasukannya pada pusingan kelayakan terbuka yang ke-2.

VtFaded menggunakan akaun palsu untuk bermain kerana risau penganjur perlawanan iaitu PGL mengenakan denda kepadanya jika menggunakan akaun sebenar yang telah didaftarkan oleh Team Mystery.

Setelah sisatan dijalankan dan beberapa proses soal jawab bersama Ponlo, akhirnya mereka mengakui VtFaded menyertai Team D dan Valve mengambil keputusan untuk mengharamkan pemain Malaysia tersebut sehingga The International 10 tamat.

Drama ini masih belum berakhir kerana Ponlo masih dalam proses rayuan atas alasan mereka keliru dengan peraturan perpindahan pemain yang sebenar dan masih menunggu keputusan rayuan yang bakal dikeluarkan kelak.

Sumber: Twitter

#DPC2021 #TeamD #Ponlo #VtFaded

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you