GAMING | ESUKAN Dota 2 WePlay AniMajor 2021 menjadi kejohanan Major yang kedua tahun...

WePlay AniMajor 2021 menjadi kejohanan Major yang kedua tahun ini.

-

[#DOTA2] Bandar Kyiv kembali menjadi tumpuan peminat DOTA 2 apabila dipilih untuk menganjurkan kejohanan Major yang kedua untuk tahun ini.

Bandar Kyiv kembali menjadi tumpuan peminat DOTA 2 apabila dipilih untuk menganjurkan kejohanan Major yang kedua untuk tahun ini.
Bandar Kyiv kembali menjadi tumpuan peminat DOTA 2 apabila dipilih untuk menganjurkan kejohanan Major yang kedua untuk tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh WePlay Esports selaku penganjur kejohanan kali ini dalam satu video pengenalan di laman media sosial mereka.

Menggunakan tema animasi Jepun, kejohanan Major kali ini diberi nama WePlay AniMajor 2021 dan ini adalah kali pertama selepas tahun 2017 kejohanan Major DOTA 2 kembali ke bandar Kiev.

Kejohanan tersebut akan bermula pada 2 Jun nanti dan menampilkan 18 pasukan terbaik dunia melalui keputusan kelayakan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit.

Format kejohanan masih dikekalkan dengan pasukan yang bertanding bakal dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat kad liar, peringkat kumpulan dan seterusnya peringkat utama mengikut kedudukan mereka dalam saingan liga DPC tersebut.

Sehingga hari ini hanya 3 pasukan sudah memastikan tempat mereka untuk kejohanan Major kali ini ialah pasukan Alliance yang merupakan juara DPC Eropah Barat serta 2 pasukan daripada Eropah Timur, Virtus Pro dan Team Spirit.

BACA: Alliance muncul juara Liga DPC Eropah Barat.

Hadiah terkumpul berupa wang tunai bernilai $500,000 USD (RM2,066,500 MYR) serta 2,700 mata DPC untuk dimenangi bagi menempah tempat ke temasya DOTA 2 dunia, The International 10.

Sumber: WePlay Esports

#WePlayAnimajor #DPC2021 #TI10

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier World Final 2021 akan berlangsung tanpa penonton.

[#CSGO] Kejohanan akhir tahun, BLAST Premier World Final 2021 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton ekoran penemuan varian COVID-19 yang baru.

VALORANT Champions 2021 bermula malam ini.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 bermula hari ini dengan 3 perlawanan akan berlangsung yang melibat 6 pasukan terbaik dunia.

DPC: OG cipta kejutan, Tundra Esports menewaskan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Eric Khor letak jawatan selaku pengurus dan pengarah DOTA 2 Fnatic.

[#DOTA2] Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.

Aui_2000 sertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan.

[#DOTA2] Bekas juara dunia, Kurtis “Aui_2000” Daniel Ling kini sah menyertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan bagi menghadapi saingan DPC Eropah musim ini.

BOOM Esports menjuarai Mineski Masters 2021.

[#DOTA2] BOOM Esports laung amaran awal kepada pencabar mereka dalam saingan DPC Asia Tenggara selepas pasukan tersebut menjuarai Mineski Masters yang berakhir semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you