News Yoodo Alliance umum skuad PMPL musim baru mereka.

Yoodo Alliance umum skuad PMPL musim baru mereka.

-

[#PUBGMobile] Pasukan Yoodo Alliance telah memperkenalkan barisan pemain mereka yang akan menyertai saingan musim baru PUBG Mobile Pro League Malaysia, Singapura dan Filipina (PMPL MSP).

Pasukan Yoodo Alliance telah memperkenalkan barisan pemain mereka yang akan menyertai saingan musim baru PUBG Mobile Pro League Malaysia, Singapura dan Filipina (PMPL MSP).
Pasukan Yoodo Alliance telah memperkenalkan barisan pemain mereka yang akan menyertai saingan musim baru PUBG Mobile Pro League Malaysia, Singapura dan Filipina (PMPL MSP).

Senarai pemain rasmi itu diumumkan menerusi laman media sosial rasmi organisasi e-sukan tersebut.

Kesemua pemain skuad PUBG Mobile Yoodo Alliance ini merupakan bekas pemain Farang Lejund yang juga sebahagian daripada organisasi terkenal tempatan iaitu Farang Esports.

Dalam kejohanan PMPL Asia Tenggara yang berlangsung bulan lalu, Yoodo Alliance telah bekerjasama dengan pasukan 4Rivals namun keputusan yang dicapai tidak memberangsangkan dan hanya berpuas hati di tempat ke-13.

Susulan itu, organisasi e-sukan dari Sweden itu telah menamatkan kerjasama tersebut dan mahu memulakan projek baru bersama bekas pemain-pemain Farang Lejund.

Di samping itu, bekas jurulatih Team Secret MY; Farhan β€œJangS” Abdul Gafar juga kembali ke tanahair untuk membimbing skuad Yoodo Alliance ini selepas setahun berkelana di negara jiran ketika bersama Bigetron Red Aliens.

Pengalaman dan kepakaran JangS amat-amat diperlukan untuk pasukan tersebut bagi memberikan saingan sengit dalam kejuaraan PMPL MSP nanti.

Senarai pemain Yoodo Alliance:

  • Arif “Repoboy” Zaidi
  • Luqman Hakim “AdikLuq” Hasan
  • Abbas “Helton” Saufi
  • Syameer “Luppy” Aidil
  • Azli “Oliyo” Amran
  • Muhammad Syamil “Syamil” Najmi

Sumber: Alliance

#LongLiveAlliance

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi β€˜kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you