GAMING | ESUKAN Call of Duty Yoodo RSG muncul juara kejohanan CODM MYSG Championship 2021.

Yoodo RSG muncul juara kejohanan CODM MYSG Championship 2021.

-

[#CODM] Pasukan Malaysia, Yoodo RSG muncul juara kejohanan Call of Duty Mobile (CODM) MYSG Championship 2021 selepas menewaskan wakil Singapura, Divinity.Uprising malam semalam.

Yoodo RSG muncul juara kejohanan Call of Duty Mobile (CODM) MYSG Championship 2021 selepas menewaskan wakil Singapura, Divinity.Uprising
Yoodo RSG muncul juara kejohanan Call of Duty Mobile (CODM) MYSG Championship 2021 selepas menewaskan wakil Singapura, Divinity.Uprising. FOTO: Yoodo Esports

Ini adalah kejuaraan peribadi yang kedua buat 4 pemain pasukan tersebut yang sebelum ini bermain untuk pasukan 21 Huntsmen pada tahun lepas.

Yoodo RSG layak ke perlawanan akhir selepas mudah membenam cabaran seteru setempat iaitu Rampage Gaming dengan kiraan mata 3-0.

Bertemu Divinity.Uprising yang juga merupakan juara kejohanan Singapura mada musim lalu sebelum digabungkan bersama Malaysia, nyata bukan misi yang sukar buat wakil negara.

Dalam perlawanan pertama di medan Hackney Yard, Yoodo RSG seolah-olah kaku membatu apabila lawan mudah menjinakkan mereka dengan mata 150 berbalas 51 dama mode Hardpoint.

Bersambung ke mode Search & Destroy, kedua-dua pasukan dilihat sangat seimbang namun sekali lagi Divinity.Uprising membuktikan mereka adalah pasukan yang lebih baik.

Kebangkitan sebenar Yoodo RSG bermula pada 3 perlawanan seterusnya dengan berjaya mengutip 2 mata penyamaan di mode Domination dan Hardpoint selepas bergelut untuk memenangi perlawanan tersebut.

Di perlawanan penentuan pula seperti dijangka kedua-dua pasukan enggan mengalah dan saling berbalas kutipan mata.

Sehinggalah pada mata terakhir pasukan dari Malaysia lebih tangkas untuk meratakan pasukan Divinity.Uprising untuk memenangi pusingan tersebut dengan mata 6-5.

Kemenangan itu memastikan satu kemenangan daripada kebangkitan yang sangat menarik dipertonjolkan oleh Yoodo RSG.

Sebagai juara, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $6,000 USD (RM24,444 MYR) serta layak bertanding di kejohanan Call of Duty Mobile Garena Invitational 2021 di Taiwan.

Sumber: Yoodo Esports

#MYSGChampionship #CGI2021

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Tundra Esports lepaskan FATA, diganti SAKSA?

Captain dan pemain pos 5 Tundra Esports Adrian "Fata" Trinks dilepaskan dari roster aktif pasukan tersebut, umum pasukan itu secara rasmi semalam.

Leslao dan Supream berpisah dengan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.

CEO Team Secret tidak berminat untuk melabur dalam Mobile Legends.

[#ESUKAN] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Team Secret, John Yao menjelaskan bahawa organisasi tersebut masih belum berminat melabur dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Complexity dan FaZe Clan umum pasukan Valorant terbaru.

[#VALORANT] Dua organisasi e-sukan gergasi Amerika Utara, Complexity dan FaZe Clan umum skuad Valorant terbaru mereka untuk musim ini.

TSM teroka pasaran DOTA 2 bersama Team Undying.

[#DOTA2] TSM atau dahulunya dikenali sebagai Team SoloMid telah hadir ke arena profesional DOTA 2 buat kali yang pertama hasil gabungan bersama Team Undying.

Kerajaan Arab Saudi beli aset ESL Gaming bernilai $1.05 billion USD.

[#ESUKAN] Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you